Sunday, June 27, 2010

29 & 20 Mei - Gunung Merapi, Jogjakarta

Jam 10 Malam 29 Mei, Adek & saya tunggu Dr. Zaid di Lobby Hotel Adabi. Lebih kurang jam 11 malam, Dr. Zaid sampai dengan rombongan Mike (Australia) Geovarni (France) seorang perempuan dari Singapore dan boyfriend dia dari Gemany dengan pemandu kereta - orang tempatan.

Kami sampai ke pejabat tour agent jam 1 pagi 30 Mei. Rehat dan isi borang disclaimer dan minum kopi secawan.
Jam 2 pagi waktu Indon kami mula berjalan. Start dengan berjala n atas jalanraya yang lurus naik ke langit lebih kurang 1 jam. Ini saja dah cukup untuk memancitkan sesiapa saja yang kurang fit. Dalam kumpulan kami ada 4 orang asing yang dah sebut tadi, kamir 3 orang dan 2 guide - semuanya 9 orang.

Di perhentian pertama ini, Mike dah nak drop-out, jadi yang teruskan perjalanan tinggal 7 orang, sebab seorang guide terpaksa menghantar mike balik. Lebih kurang 2 jam perjalanan mendaki gunung dalam hutan yang gelap gelita, kumpulan sudah terpisah menjadi 2. Kumpulan depan 3 orang asing dan 1 guide. Dan mujurlah kumpulan kami bertiga dapat berjumpa dengan guide yang hantar Mike tadi. Rupanya dia tak hantar Mike, tapi cuma tinggalkan Mike saja. Jadi sekarang ada 2 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 3 pelancung dan 1 guide. Dan kumpulan kami terkebelakang sedikit lebih kurang15-20 minit atas sebab sebab berikut: -

1. Saya berhenti untuk buang ayer besar 5-10 minit
2. Kami berhenti untuk solat subuh. Dr. Zaid ajar cari bertayamum. Solat di atas bukit yang sunyi dan dingin sungguh menusuk kalbu. Rasa macam orang Taliban pun ada.
Kami meneruskan perjalanan hingga jam 5.30 pagi jam Indon dan berhenti untuk berfoto dan sarapan pagi.


Gambar di atas menunjukkan kemuncak Gunung Merapi. Nampak kecil di belakang tetapi unutk sampai ke atas, memerlukan pendakian lebih-kurang 80 darjah dan mengambil masa lebih daripada 1 jam. Pendakian yang akhir ini sangat merbahaya sebab batu-batu tempat kita berpaut sangat longgar, pasir-pasir tempat berpijak sangat licin dan cerun yang sangat curam.
Pada masa ini, cuaca baik tetapi sangat sejuk. Maklumlah kami sudah lebihkurang 2500 meter tinggi dari paras laut. Cuma tinggal lebih kurang 500 meter lagi nak sampai kemuncak. Kami mendaki dengan berhati-hati.

Sedang mendaki semakin tinggi, saya perasan saya mula berpeluh. Mengapa ye? Sepatutnya semakin sejuk, tetapi rasa semakin panas. Baru saya perasan dari celah-celah batu yang saya pegang keluar asap. Saya pun buka glove dan pegan batu - panas! Batu yang saya pegang tu panas sebab kami sudah hampir ke kemuncak, makanya hampir ke kawah gunung berapi. Yess!


Setibanya kami di kemuncak, kami disambut oleh kumpulan yang pertama tadi. Oleh kerana mereka belum sarapan, mereka terus turun dan tunggu kami di "last stop" tadi.
Kami terus berlegar-legar mengambil foto dengan bermacam- macam aksi. Kami tak berani nak berdiri terlalu dekat dengan kawah gunung berapi sebab tanahnya tak kukuh. Bila-bila masa boleh runtuh.




Selesai sudah pendakian kami. Kami turun ke "last stop" tadi untuk menghabiskan makanan dan minuman kami supaya kami turun lebih ringan.


Sedang sedap berehat, tup-tup munchul si Mike pulak dengan group lain. Rupanya masa kita tinggalkan dia tadi, dia ikut group lain (budak-budak universiti tempatan) naik. Dia kata budak-budak ini baik-baik. Share ayer mereka dengan dia dan berjalan perlahan-lahan dengan dia. Mike - sedang berdiri, dua dari kiri.

Kami turun jam 8.30 pagi - dengan laju nya. Jam 12.00 tengah hari sudah sampai kat bawah.

No comments:

Post a Comment