Tuesday, September 27, 2011

Search & Rescue Course

Dah lama dah tak menulis....takut lupa punya pasal ni saya tulis sikit2.

Pikir punya pikir, lebih baik saya tulis pasal Search & Rescue Course di Awana Genting 2 minggu yang lepas. Ini pun untuk refresh my memory apa yg dipelajari dan untuk buat reference later.

Alright, first saya tak register pun nak pergi. Ni semua Muhammad punya pasal. Dia register tapi tak dapat pergi, jadi saya terpaksa replace dia. Kena bayar RM130 kat dia. Tak habis takat tu, kena beli beg Deuter (85 + 10 liter) harga RM990 dan sleeping bag RM150. Ooops lupa towel RM70.

Sampai lah hari Sabtu 10 September 2011. Saya pun terpacak kat meeting point yang telah organizer tentukan. Seperti biasa, saya orang pertama. Janji jam 8.30, cukup peserta jam 10.30. Ni lah namanya sengal. Buat orang tunggu 2 jam, si Frid tu perserta yang terakhir sampai.

Nama peserta ialah Raymond, Tun, Jammie, Sharon, Jeremy, Frid & Iskandar. Staff organizer ialah Jimmy, Hari & ntah dah lupa dah. Tapi dia orang tua bergayut.

Ni gambar masa kami mula turun ke base camp. Masa ini semua masih kuat lagi.

Yang ini pula our first outing. Masa ini lah kami belajar tentang how not to get lost and how to help your rescuer locate you. Basically kalau tak mau hilang, paling mudah buat "paper trail" iaitu, buang kertas sepanjang perjalanan, supaya boleh backtrack kalau hilang. Satu lagi cara ialah buat mark kat pokok.

Peringatan yang penting ialah, bila berjalan jangan asyik ikut bontot orang. Pandang atas dan cuba kenal dan memorize tempat-tempat yang kita lalu. Ini adalah supaya mudah kita cam jalan bila kita nak patah balik.

Satu lagi pelajaran ialah macamana nak mengelak dari kena pacat. Pacat suka bahagian yang terpanas di badan kita. Seperti di celah2 jari kati dan celah2 lain, hehehe. Pakai lah seluar tight yang panjang, di salut pula dgn stokin, kemudian stokin tu ikat dgn getah. Kalau rajin, stoking tu rendam dengan air tembakau kemudian jemur sampai kering sebelum pakai. Pacat benci bau tembakau. Tapi manusia suka.

Bila masuk hutan jangan lupa bawa ubat nyamok dan spray ridsect. Banyak kegunaannya. Bawa banyak plastik sampah yang besar2 untuk cover baju dan beg kalau hujan. Ground sheet biar besar supaya boleh lepak ramai2. Tali biar lebih mana tahu nak gantung baju basah ke, towel ke. First aid kit is compulsory, buat lah satu dari sekarang sikit2. First aid kit mesti WATER PROOF. Takda maknanya kalau kit tu dah basah. Wistle, torch light, lighter, compass dan sebagainya tak perlu saya cakaplah kan.

OK cukup lah setakat ini, sebab dah takde idea lagi....