Sunday, June 27, 2010

29 & 20 Mei - Gunung Merapi, Jogjakarta

Jam 10 Malam 29 Mei, Adek & saya tunggu Dr. Zaid di Lobby Hotel Adabi. Lebih kurang jam 11 malam, Dr. Zaid sampai dengan rombongan Mike (Australia) Geovarni (France) seorang perempuan dari Singapore dan boyfriend dia dari Gemany dengan pemandu kereta - orang tempatan.

Kami sampai ke pejabat tour agent jam 1 pagi 30 Mei. Rehat dan isi borang disclaimer dan minum kopi secawan.
Jam 2 pagi waktu Indon kami mula berjalan. Start dengan berjala n atas jalanraya yang lurus naik ke langit lebih kurang 1 jam. Ini saja dah cukup untuk memancitkan sesiapa saja yang kurang fit. Dalam kumpulan kami ada 4 orang asing yang dah sebut tadi, kamir 3 orang dan 2 guide - semuanya 9 orang.

Di perhentian pertama ini, Mike dah nak drop-out, jadi yang teruskan perjalanan tinggal 7 orang, sebab seorang guide terpaksa menghantar mike balik. Lebih kurang 2 jam perjalanan mendaki gunung dalam hutan yang gelap gelita, kumpulan sudah terpisah menjadi 2. Kumpulan depan 3 orang asing dan 1 guide. Dan mujurlah kumpulan kami bertiga dapat berjumpa dengan guide yang hantar Mike tadi. Rupanya dia tak hantar Mike, tapi cuma tinggalkan Mike saja. Jadi sekarang ada 2 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 3 pelancung dan 1 guide. Dan kumpulan kami terkebelakang sedikit lebih kurang15-20 minit atas sebab sebab berikut: -

1. Saya berhenti untuk buang ayer besar 5-10 minit
2. Kami berhenti untuk solat subuh. Dr. Zaid ajar cari bertayamum. Solat di atas bukit yang sunyi dan dingin sungguh menusuk kalbu. Rasa macam orang Taliban pun ada.
Kami meneruskan perjalanan hingga jam 5.30 pagi jam Indon dan berhenti untuk berfoto dan sarapan pagi.


Gambar di atas menunjukkan kemuncak Gunung Merapi. Nampak kecil di belakang tetapi unutk sampai ke atas, memerlukan pendakian lebih-kurang 80 darjah dan mengambil masa lebih daripada 1 jam. Pendakian yang akhir ini sangat merbahaya sebab batu-batu tempat kita berpaut sangat longgar, pasir-pasir tempat berpijak sangat licin dan cerun yang sangat curam.
Pada masa ini, cuaca baik tetapi sangat sejuk. Maklumlah kami sudah lebihkurang 2500 meter tinggi dari paras laut. Cuma tinggal lebih kurang 500 meter lagi nak sampai kemuncak. Kami mendaki dengan berhati-hati.

Sedang mendaki semakin tinggi, saya perasan saya mula berpeluh. Mengapa ye? Sepatutnya semakin sejuk, tetapi rasa semakin panas. Baru saya perasan dari celah-celah batu yang saya pegang keluar asap. Saya pun buka glove dan pegan batu - panas! Batu yang saya pegang tu panas sebab kami sudah hampir ke kemuncak, makanya hampir ke kawah gunung berapi. Yess!


Setibanya kami di kemuncak, kami disambut oleh kumpulan yang pertama tadi. Oleh kerana mereka belum sarapan, mereka terus turun dan tunggu kami di "last stop" tadi.
Kami terus berlegar-legar mengambil foto dengan bermacam- macam aksi. Kami tak berani nak berdiri terlalu dekat dengan kawah gunung berapi sebab tanahnya tak kukuh. Bila-bila masa boleh runtuh.




Selesai sudah pendakian kami. Kami turun ke "last stop" tadi untuk menghabiskan makanan dan minuman kami supaya kami turun lebih ringan.


Sedang sedap berehat, tup-tup munchul si Mike pulak dengan group lain. Rupanya masa kita tinggalkan dia tadi, dia ikut group lain (budak-budak universiti tempatan) naik. Dia kata budak-budak ini baik-baik. Share ayer mereka dengan dia dan berjalan perlahan-lahan dengan dia. Mike - sedang berdiri, dua dari kiri.

Kami turun jam 8.30 pagi - dengan laju nya. Jam 12.00 tengah hari sudah sampai kat bawah.

Thursday, June 17, 2010

29 Mei 2010 Borobudur, Prambanan & Merapi

CANDI BOROBUDUR


Pagi-pagi kami bertolak ke Borobudur - 2 jam perjalan. Sampai sana, matahari dah kat atas kepala. Apa lagi, Pak Long, Dato & Kol Suran duduk bawah pokok je lah. Lepas tu pergi round naik keretapi macam dalam zoo negara.

Tak sangka pulak King Kong boleh masuk dan berjalan-jalan dalam Borobudur. Besar tempat tuh. Tentu senget-senget badan lepas berjalan lama-lama.

Candi Borobudur ialah kuil Buddha. Katanya, ia di bina lebih awal lagi dari Angkor Wat kat Cambodia. Tempat ini sungguh cantik. Tak sangka orang-orang zaman dulu kala pandai macam ini.

Ukiran pada dinding Candi

CANDI PRAMBANAN


Selesai pusing-pusing di Borobudur kami berangkat pula ke Candi Prambanan. Perjalanan memakan masa lebih dari satu jam. Sekarang semua orang dah penat. Bila sampai saja, Mr. CEO dah nak tumbang, kena tolak dengan whell chair. Yang tolak, Pak Long...pun tak larat juga. King Kong tadi, bukan main kuat kat Borobudur dah kecundang, lepak kat kedai kopi je. Duit bayar, tapi tak masuk pun.

Nampak yang hebat shopping kat luar Candi ialah Kapitan dan Abang Mam. Abang Mam siap beli basikal kayu lagi untuk nak bawa balik.

Ceritanya Candi Prambanan ini adalah kuil Hindu yang tercantik di dunia. Nampaknya memang pun. Cuba tengok...


Balik dari Candi Prambanan Adek (anak Pak Long) dan saya pergi ke kedai Eiger di Jalan Malioboro untuk beli torch light, kasut dan gloves untuk mendaki Gunung Merapi pada jam 10 malam ini. Tak tidur lah jawapnya...

Lepas itu kami ke kedai Indomaret - serupa 7 eleven kat sini lah. Kami beli coklat, biskut, buah dan air untuk isi perut semasa mendaki nanti.

28 Mei 2010 (petang) : Selepas penat berjalan hampir 3 jam di Jln Malioboro, Dr. Zaid bawa kami ke pusat Gudeg, makanan tradisional Jogja




Fatyn dan Leeya makan sampai menjilat jari!

JOGJAKARTA & GUNUNG MERAPI28 - 31MAY 2010

Bapak-bapak dari Bukit Permata yang mengikuti trip ini adalah: -

1) Tn Hj Shahid Muhamad b. Tuan Soh a.k.a. Pak Long
2) Tn Hj Adha a.k.a. Mr. President
3) Tn Hj Md Rawi a.k.a Nazri (wakil Pemuda)
4) Tn Hj Rizal a.k.a Mr. CEO
5) Tn Hj Din a.k.a Abang Imam (Abg Mam)
6) Tn Hj Nordin a.k.a King Kong
7) Tn Hj Iskandar
8) Kol Suran a.k.a Tuan Kol
9) Captain Anuar a.k.a. Kapitan
10) Dato' Brig Gen Bersara a.k.a. Dato'
11) Mohd Ghadaffi
12) Mohd Ghazalli
13) En. Nazir (kawan Pak Long)
14) Wife En. Nazir
15) Fatyn Ernie bt Nazir
16) Leeya Adlia bt Nazir

(Ini lah dia kami yang ke Jogjakarta)


Ini Pak Zaid, orang yang menguruskan segala hal-hal penginapan, bas dan tempat-tempat yang nak di lawati. Dia ni pun orang Bukit Permata juga...bukan orang Indon.









28 Mei - tengah hari : Setelah sampai ke Jogja, bapak-bapak yang main golf naik bas dan hilang. Yang tinggal cuma Ghazalli, Ghadaffi, Wife En. Nazir, Fatyn, Leeya, Dr. Zaid dan saya. Kami pula terus ke Jalan Malioboro. Ini gambar-gambar kat Jln Malioboro: -


Ini pusat batek. Beratus-ratus kedai batik didalam gedung ini.