Thursday, June 17, 2010

29 Mei 2010 Borobudur, Prambanan & Merapi

CANDI BOROBUDUR


Pagi-pagi kami bertolak ke Borobudur - 2 jam perjalan. Sampai sana, matahari dah kat atas kepala. Apa lagi, Pak Long, Dato & Kol Suran duduk bawah pokok je lah. Lepas tu pergi round naik keretapi macam dalam zoo negara.

Tak sangka pulak King Kong boleh masuk dan berjalan-jalan dalam Borobudur. Besar tempat tuh. Tentu senget-senget badan lepas berjalan lama-lama.

Candi Borobudur ialah kuil Buddha. Katanya, ia di bina lebih awal lagi dari Angkor Wat kat Cambodia. Tempat ini sungguh cantik. Tak sangka orang-orang zaman dulu kala pandai macam ini.

Ukiran pada dinding Candi

CANDI PRAMBANAN


Selesai pusing-pusing di Borobudur kami berangkat pula ke Candi Prambanan. Perjalanan memakan masa lebih dari satu jam. Sekarang semua orang dah penat. Bila sampai saja, Mr. CEO dah nak tumbang, kena tolak dengan whell chair. Yang tolak, Pak Long...pun tak larat juga. King Kong tadi, bukan main kuat kat Borobudur dah kecundang, lepak kat kedai kopi je. Duit bayar, tapi tak masuk pun.

Nampak yang hebat shopping kat luar Candi ialah Kapitan dan Abang Mam. Abang Mam siap beli basikal kayu lagi untuk nak bawa balik.

Ceritanya Candi Prambanan ini adalah kuil Hindu yang tercantik di dunia. Nampaknya memang pun. Cuba tengok...


Balik dari Candi Prambanan Adek (anak Pak Long) dan saya pergi ke kedai Eiger di Jalan Malioboro untuk beli torch light, kasut dan gloves untuk mendaki Gunung Merapi pada jam 10 malam ini. Tak tidur lah jawapnya...

Lepas itu kami ke kedai Indomaret - serupa 7 eleven kat sini lah. Kami beli coklat, biskut, buah dan air untuk isi perut semasa mendaki nanti.

No comments:

Post a Comment